salam
- Aku terpanggil untuk mengupas isu SAIZ BADAN
- Ada yang gemuk, siang malam berikat perut menahan lapar semata mata nak jadi kurus.
- Yang kurus pula, makan tak ingat dunia tapi masih kurus macam lidi.
- Metabolisme? gizi seimbang? senaman? kira kalori? haha.. maaf, aku bukan pakar dalam bidang ini. Dengan kata lain, aku tidak mempunyai tauliah untuk menghurai setiap persoalan yang terungkai seperti yang tercatit.
- Cuma kadang kadang aku hairan melihat segelintir manusia yang niatnya tidak seiring dengan perbuatannya.
- Bukan seorang, bukan dua tapi masuk hari ni lima orang individu yang aku kenali gagal dalam misi mereka.
- Mula mula bukan main mencanang seluruh alam mulai esok hari nak diet. Siap keluar statement selamat tinggal dunia gemuk.. alahai.. belum kurus, belum berdiet, belum bersenam.. baru pasang niat sahaja dah mula nak ucap salam terakhir..
- Tidak salah memotivasi diri tapi kadang kadang motivasi yang over confident pasti akan memakan diri sendiri.
- Mencanang bagai nak rak, tak sampai dua minggu, mencanang ke seantero alam pula ' alhamdulillah, sungguh kenyang aku malam ni.. dari pagi sampai ke malam semua orang belanja makan.
- Cukup. Tak perlu aku sambung cerita ni. Aku yakin korang dapat mengagak betapa hebatnya kesudahan cerita selamat tinggal dunia gemuk ni..
- Bagi aku kalau nak kurus, terlalu mudah. Asasnya seperti makan kacang cap Nyan Nyin..
- Pertama, komited. Kedua, komited dan ketiga komited. Senang bukan?
- Untuk kurus, anda tidak perlu beli jamu atau produk diet. Kalau di dunia ni ada produk yang boleh melangsingkan badan, aku rasa dah lama dah orang seperti Oprah atau Adibah Noor kurus macam Lisa Surihani layaknya.
- Jogging atau mengeluarkan peluh sampai pucat bibir tapi keesokkan harinya, pagi nasi lemak 2.0, tengahari nasi goreng ayam beralaskan milo peng, dan malam nasi ayam penyet. Sebelum tidur makan kek coklat.Tiada maknanya. Fail.
- Pendek kata, komited. Itu sahaja. Tidak lebih tidak kurang . Kalau tidak kenal erti komited, jangan sekali kali, aku ulangi, jangan sekali kali cuba bercakap soal perjuangan.
No comments:
Post a Comment