Friday, February 10, 2012

MUKADIMAH

  1. Hamka pernah berkata, barang siapa yang tidak pandai berkata kata, maka janganlah dia berkata kata, kerna kata katanya itu dusta belaka
  2. Kadang kadang aku mencari dan menemui soalan yang sukar terjawap dek akal fikiran dan aku cuba mencari jawapan yang pasti akan persoalan itu. Lagaknya seakan seperti seorang philosopher.
  3. Dan akhirnya aku temui segala jawapan kepada segala persoalan itu dan kadang kadang menjengkelkan fikiran dan kadang kadang ia membuatku tersenyum seorang. Persis dan mutlak, hidup ini memang indah penuh mistikus.
  4. Dari jawapan kepada persoalan persoalan itu juga telah mendewasakan aku untuk menjadi lebih berani dalam menongkah arus kehidupan.
  5. Kata orang, biar umur muda,pemikiran sedekad kedepan. Jangan pula cucu sudah sedozen, fikiran setaraf Pak Pandir yang menang sorak namun habis kampung tergadai. 
  6. Hidup ini mudah kalau kita kenal siapa kita. Jadi diri sendiri. Bukankah tuhan menciptakan manusia berbeza beza.
  7. Bila kenal diri sendiri dan menjadi diri sendiri, secara tuntas dan total, kita tergolong dalam golongan manusia yang punya pendirian dan karisma. Manusia seperti inilah yang akan lebih dihormati. 
  8. Hidup ini persis bagaikan roda. Sekejap kita di atas dan sekejap kita di bawah. Itu lumrah. 
  9. Segolong ijazah tidak mampu membawa kita kepuncak masyur sekiranya kemasyuran itu bukan tertulis untuk kita.
  10. Dengan hanya memiliki sebuah perahu menangkap ikan,anda juga boleh memiliki  puluhan kapal kapal dagang jika itu tersurat untuk anda.
  11. Tuhan tidak akan menurunkan cobaan kepada hambaNya jika tahu hambaNya itu tidak mampu untuk menghadapi dugaan itu.
  12. Dan aku pasti setiap apa apa yang tersurat dan tersirat ada hikmah.
  13. Dan kerana perkataan hikmah itu, hari ini, aku menjadi aku.
  14. Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. syukur ke hadratNya di atas segala limpah kurnia yang diberikan.

No comments:

Post a Comment