Saturday, February 25, 2012

Selamat Tinggal Dunia Gemuk

salam

  1. Aku terpanggil untuk mengupas isu SAIZ BADAN
  2. Ada yang gemuk, siang malam berikat perut menahan lapar semata mata nak jadi kurus.
  3. Yang kurus pula, makan tak ingat dunia tapi masih kurus macam lidi.
  4. Metabolisme? gizi seimbang? senaman? kira kalori? haha.. maaf, aku bukan pakar dalam bidang ini. Dengan kata lain, aku tidak mempunyai tauliah untuk menghurai setiap persoalan yang terungkai seperti yang tercatit.
  5. Cuma kadang kadang aku hairan melihat segelintir manusia yang niatnya tidak seiring dengan perbuatannya. 
  6. Bukan seorang, bukan dua tapi masuk hari ni lima orang individu yang aku kenali gagal dalam misi mereka.
  7. Mula mula bukan main mencanang seluruh alam mulai esok hari nak diet. Siap keluar statement selamat tinggal dunia gemuk.. alahai.. belum kurus, belum berdiet, belum bersenam.. baru pasang niat sahaja dah mula nak ucap salam terakhir..
  8. Tidak salah memotivasi diri tapi kadang kadang motivasi yang over confident pasti akan memakan diri sendiri.
  9. Mencanang bagai nak rak, tak sampai dua minggu, mencanang ke seantero alam pula ' alhamdulillah, sungguh kenyang aku malam ni.. dari pagi sampai ke malam semua orang belanja makan.
  10. Cukup. Tak perlu aku sambung cerita ni. Aku yakin korang dapat mengagak betapa hebatnya kesudahan cerita selamat tinggal dunia gemuk ni..
  11. Bagi aku kalau nak kurus, terlalu mudah. Asasnya seperti makan kacang cap Nyan Nyin.. 
  12. Pertama, komited. Kedua, komited dan ketiga komited. Senang bukan?
  13. Untuk kurus, anda tidak perlu beli jamu atau produk diet. Kalau di dunia ni ada produk yang boleh melangsingkan badan, aku rasa dah lama dah orang seperti Oprah atau Adibah Noor kurus macam Lisa Surihani layaknya.
  14. Jogging atau mengeluarkan peluh sampai pucat bibir tapi keesokkan harinya, pagi nasi lemak 2.0, tengahari nasi goreng ayam beralaskan milo peng, dan malam nasi ayam penyet. Sebelum tidur makan kek coklat.Tiada maknanya. Fail.
  15. Pendek kata, komited. Itu sahaja. Tidak lebih tidak kurang . Kalau tidak kenal erti komited, jangan sekali kali, aku ulangi, jangan sekali kali cuba bercakap soal perjuangan. 

Friday, February 10, 2012

MUKADIMAH

  1. Hamka pernah berkata, barang siapa yang tidak pandai berkata kata, maka janganlah dia berkata kata, kerna kata katanya itu dusta belaka
  2. Kadang kadang aku mencari dan menemui soalan yang sukar terjawap dek akal fikiran dan aku cuba mencari jawapan yang pasti akan persoalan itu. Lagaknya seakan seperti seorang philosopher.
  3. Dan akhirnya aku temui segala jawapan kepada segala persoalan itu dan kadang kadang menjengkelkan fikiran dan kadang kadang ia membuatku tersenyum seorang. Persis dan mutlak, hidup ini memang indah penuh mistikus.
  4. Dari jawapan kepada persoalan persoalan itu juga telah mendewasakan aku untuk menjadi lebih berani dalam menongkah arus kehidupan.
  5. Kata orang, biar umur muda,pemikiran sedekad kedepan. Jangan pula cucu sudah sedozen, fikiran setaraf Pak Pandir yang menang sorak namun habis kampung tergadai. 
  6. Hidup ini mudah kalau kita kenal siapa kita. Jadi diri sendiri. Bukankah tuhan menciptakan manusia berbeza beza.
  7. Bila kenal diri sendiri dan menjadi diri sendiri, secara tuntas dan total, kita tergolong dalam golongan manusia yang punya pendirian dan karisma. Manusia seperti inilah yang akan lebih dihormati. 
  8. Hidup ini persis bagaikan roda. Sekejap kita di atas dan sekejap kita di bawah. Itu lumrah. 
  9. Segolong ijazah tidak mampu membawa kita kepuncak masyur sekiranya kemasyuran itu bukan tertulis untuk kita.
  10. Dengan hanya memiliki sebuah perahu menangkap ikan,anda juga boleh memiliki  puluhan kapal kapal dagang jika itu tersurat untuk anda.
  11. Tuhan tidak akan menurunkan cobaan kepada hambaNya jika tahu hambaNya itu tidak mampu untuk menghadapi dugaan itu.
  12. Dan aku pasti setiap apa apa yang tersurat dan tersirat ada hikmah.
  13. Dan kerana perkataan hikmah itu, hari ini, aku menjadi aku.
  14. Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. syukur ke hadratNya di atas segala limpah kurnia yang diberikan.